SEJARAH FELDA BUKIT WAHA

Sejarah atau asal usul nama Bukit Waha masih kurang jelas dan tidak dapat dikenalpasti kerana tiada cacatan bertulis yang ditemui. Namun begitu, ia dipercayai berpunca daripada nama sebuah bukit didalam kawasan rancangan iaitu “Bukit Waha’. Kewujudan nama bukit tersebut dipercayai berpunca daripada zaman perang dunia ke-2 dahulu.Dengan kedudukan jarak lebih kurang 35kilometer daripada Kota Tinggi dah kira-kira 75 kilometer daripada bandaraya Johor Bharu. Felda ini mula dibangunkan pada tahun 1973 untuk peringkat pertama dan seterusnya pada tahun 1986 bagi peringkat ketiga.Di dalam Felda Bukit Waha terdapat dua buah rancangan lain iaitu Felada Simpang Waha dan Felda Bukit Easter, di mana ketiga-tiga rancangan ini dikenali atau disebut sebagai Felda Gugusan Waha. Dua buah rancangan ini merupakan kampung terdekat dengan kampung ini. Namun begitu terdapat juga beberapa buah kampung atau felda yang berhampiran di bawah pentadbiran yang berbeza iaitu Felda Bukit Aping Barat dan Felda Lok Heng. Hubungan antara penduduk Felda Bukit Waha dengan kawasan kejiranan yang lain adalah ditahap yang sangat memuaskan. Segala aktiviti yang direncanakan akan melibatkan penyertaan daripada semua masyarakat dan sambutan yang diberikan adalah baik. Aktiviti seperti klinik motivasi untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar sering diadakan secara usahasama antara penduduk. POPULASI Perkampungan terancang. Felda Bukit Waha dianggarkan mempunyai kira-kira 364 orang peneroka dimana majoritinya adalah berketurunan kaum Melayu. Seawal pembukaan kampung ini sehingga kini masyarakatnya hidup dalam keadaan yang cukup harmoni antara satu sama lain. Di kampung ini penempatan yang disusun adalah secara terancang mengikut blok-blok yang telah ditetapkan agar ia memudahkan lagi pentadbiran. Gaya hidup yang sihat dan saling tolong-menolong serta prihatin telah menjadi amalan nenek moyang sejak zaman berzaman lagi.

JAWATANKUASA KEMAJUAN RANCANGAN (JKKR)

Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) adalah badan peneroka yang tertinggi disetiap rancangan. JKKR bertanggungjawab dalam memastikan segala aktiviti melibatkan masyarakat rancangan berjalan lancar. JKKR juga akan menjalankan tugas sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Felda. Maka JKKR Felda Bukit Waha ini juga memandang serius penubuhannya dan memastikan penubuhannya memenuhi objektif penubuhannya. Selain membantu aktiviti menyelia keselamatan kampung, JKKR juga antara lain akan mengadakan mensyuarat bulanan yang akan diadakan di Wisma JKKR. Tujuannya adalah untuk membuat perancangan mengenai perkembangan persekitaran kampung dan aktiviti penduduk bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara penduduk. Selain itu, segala masalah atau aduan yang dihadapi oleh penduduk akan dilaporkan kepada JKKR ini untuk tindakan susulan.

GERAKKAN PERSATUAN WANITA (GPW)

Wanita menjadi entiti penting dalam pembangunan ummah. Mungkin ada benar pepatah Melayu mengatakan ‘Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia’. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai ‘penghuni tetap’ ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan ummah. Kredibiliti mereka tidak lagi dipandang enteng kerana keupayaan wanita mampu membuatkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki yang lain. Maka pertubuhan persatuan wanita bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Malaysia. Wanita Felda Bukit Waha ini bernaung dibawah Gerakan Persatuan Wanita (GPW) yang akan menrencanakan segala program-program untuk wanita. Antara program tersebut ialah kelas agama, kelas Al-Quran, kelas ekonomi rumah tangga (ERT) dan aktiviti gotong-royong. Program-program ini akan diadakan secara berkala dan berterusan bagi memenuhi keperluan wanita serta mampu meningkatkan kemahiran individu. Selain itu, GPW yang mempunyai kira-kira 364 ahli ini juga, turut mempunyai kumpulan Kendarat iaitu kumpulan yang akan menguruskan hal-hal berkaitan jamuan makan sama ada ketika majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya. Mesyuarat bulanan akan diadakan di Wisma JKKR untuk tujuan perbincangan mengenai perkembangan persekirtaran kampung dan aktiviti untuk penduduk bagi mengetrat lagi silaturahim antara satu sama lain.

BELIA

Belia Aset Negara Dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara, dapat dilihat peranan belia sebagai pemangkin perubahan dan pencetus kesedaran di kalangan rakyat negara ini. Dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan belia yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelbagai aktiviti melibatkan golongan ini sering diadakan. Ia antara lain bertujuan untuk membantu membina belia yang juga aset negara yang berketrampilan dan cergas. Maka pelbagai aktiviti melibatkan belia dirancang dan dijalankan. Golongan belia felda ini berada dibawah Persatuan Belia Mekar dimana akan menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan yang melibatkan golongan belia. Selain itu, mesyuarat turut diadakan secara bulanan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Belia kampung ini juga aktif dalam bidang perniagaan misalnya terdapat belia yang mengusahakan belacan dan cencalok. Terdapat beberapa orang belia yang menjalankan perniagaan ini dan salah seorangnya adalah dari Hanzala Enterprise. Belacan yang dibuat menggunakan udang jenis papai ini akan dihantar ke pasar-pasar yang berhampiran di serata tempat dan sedia menerima tempahan dari orang ramai.

KESELAMATAN

Dari sudut keselamatan, Felda Bukit Waha ini mempunyai organisasinya yang tersendiri untuk memastika keselamatan kampung terus terjamin. Pasukan RELA yang dianggotai kira-kira 50 orang ahli sedia menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keamanan kampung. Antara tugas utama mereka ialah mengadakan rondaan dan kawalan disekitar kawasan kampung secara berkala. selain itu, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) turut membantu membuat kawalan masjid sewaktu solat Jumaat bagio mengelak sebarang kecurian dan perkara-perkara yang tidak baik berlaku. Balai polis yang terdekat ialah Pondok Polis Simpang Waha yang diselia oleh dua orang anggota polis yang bertugas bagi membantu memantau keamanan dan kesejahteraan penduduk.

KESIHATAN

Klinik Kesihatan Bukit Waha merupakan pusat kesihatan yang terdapat di Felda Bukit Waha. Klinik ini mempunyai 15 orang kakitangan yang diketuai oleh Dr. Yazid Ahmad. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Klinik Ibu dan Kanak-kanak, Pesakit luar, Farmasi dan sebagainya. Dibuka dari pukul 7.30 pagi sehingga 5 petang dengan bayaran RM1.00 bagi setiap satu sesi rawatan. Hal ini sejajar dengan usaha mewujudkan masyarakat sekitar yang mencapai tahap kesihatan yang optima melalui perkhidmatan berkualiti di klinik yang selamat, sihat dan bersih.

Rabu, 12 Ogos 2009

PPIK GUGUSAN WAHA


SELAMAT DATANG

KE PPIK GUGUSAN WAHA

1 ulasan: